Isnin, 21 Februari 2011
trip~
Posted by PING!! at 2:39 PTG 0 comments
Selasa, 15 Februari 2011
bacaan zikir dan wirid slps solat
1. “Lailaha illallah” dan “Allahuakbar“ Dalam satu hadith dari Aisyah r.a. katanya “aku tahu sembahyang telah selesai apabila ada zikir” .Rasulullah ada berzikir beramai-ramai selepas sembahyang, cuma tidak diketahui apakah zikir itu “Lailaha illallah” atau “Allahuakbar”. Oleh itu bacalah keduanya sekali. 2. Surah Israa ayat 111- Alhamdulillahillazi…. Dalam satu hadith disebut “Mengucapkan Alhamdulillah akan memenuhi timbangan (mizan)”. Bacaan ini sering dibaca imam selepas sembahyang. 3. Istigfarlah 3 kali (Astagfirullah hal azim) dan membaca “Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta, ya zal jala liwal ikram”,. Dari Tsauban,dia berkata: 4. Ayat Qursi Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika terus dibaca “Allahu la ila”. Tidak perlu baca ‘Waila hukum” kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian. Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: 5. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir. Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata: 6. Tasbih (Subhanallah 10x), tahmid (Al-hamdulillah 10x), takbir (Allahuakbar 10x) Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada solat. Lepas maghrib, seelok-eloknya dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib. Kalau ada solat sunat selepas itu, pendekkan zikir dan buat solat sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika mahu. Kalau dilakukan 10 kali setiap solat, jumlahnya 30 kali 1 solat. Sehari ada 5 solat, maka jumlah zikir ialah 30 x 5 = 150 kali. Pahalanya pula 150 x 10 = 1500. Nabi ada menyebut dalam satu hadith, siapalah yang melakukan sehingga 1500 kejahatan satu hari.
“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”
“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”
Posted by PING!! at 6:49 PTG 0 comments
Lelaki yg Patut Ditinggal kan
1.Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tetapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius". Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalin hubungan lebih lima tahun dengannya. Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.
2. Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu.
3. Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tetapi mesra. Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan membuang masa.
Posted by PING!! at 5:38 PTG 0 comments