CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 15 Februari 2011

Lelaki yg Patut Ditinggal kan

1.Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tetapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius". Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalin hubungan lebih lima tahun dengannya. Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.

2.
Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu.


3.
Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tetapi mesra. Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan membuang masa.

4.Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesiesnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya.

5. Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah.

6. Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing. Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?



emmm ni hye fakta...tp xtau la lau btol ad yg cmne....
jgn mrh kpd yg trase....=p

0 comments: